Salam Semua.....
Wednesday, October 30, 2013
Wednesday, October 23, 2013
BERSABARLAH MENGHADAPI MUSIBAH
BERSABARLAH MENGHADAPI MUSIBAH
Sabda Nabi s.a.w :" Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)
Ketahuilah bahawa diri kita bukanlah satu-satunya manusia yang memperoleh musibah kerana tidak seorang pun manusia yang terlepas dari diuji samada diuji dengan hal-hal yang menyedihkan mahupun menyakitkan, hatta menakutkan.
Sesungguhnya dunia ini adalah tempat ujian dan cobaan, tempat kesedihan dan kesusahan. Oleh itu hadapilah ia menurut keadaannya dan mintalaah pertolongan dari ALLAH SWT. Yakinilah, setiap musibah itu ada ganjaran dari ALLAH buat hamba-hambaNYA yang sabar.
Rehat-Rehat Santai-Santai
Kawan-kawanku..
Jom kita berehat dan santai di mentari court...
tapi sorang kawanku ustaz nak berjogging 4 round..
wah..rajin betul ustaz berjongging di malam hari ya....
Moga-moga di sihat walafiat ya.....
Ok bro semoga success selalu....
Brunei Laksanakan Hukum Hudud
BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI
Subscribe to:
Comments (Atom)
